Sunday, February 26, 2012
Bakal Pembaka
Selepas MS tutup reban tahun lepas, terasa sunyi pulak bila tiada aktiviti pada masa lapang. Jadi terpaksa la keluar mencari rakan2 yang masih aktif untuk mendapatkan kembali si cilik ni untuk kembali aktif. Reban kena buat baru, ayam pun kena baka baru jugak la. Cari punya cari dapat la sepasang pembaka ni yang agak sedap mata memandang. Ayam saiz A berwarna kuning, tengkuk S, kibas sambil lonjak dada, gegar dan berkaki kuning halus. Bakal bersama induk2 yang mempunyai eksesori terbaik seperti balung halus, tengkuk S, bulu padat, ekor cantik dan kalau boleh yang lonjak dada. MS akan cuba yang terbaik untuk projek kali ini. Telah melawat beberapa reban kawan2 untuk mencari baka2 terbaik yang menghasilkan eksesori yng cantik.
Terima kasih juga buat kawan2 yang menyokong MS dengan menawarkan ayam2 mereka dengan tawaran harga yang cukup baik. Kerjasama anda amat saya hargai. Pemilihan baka kali ini lebih berhati2 setelah melalui pengalaman sebelum ini. Harap tahun 2012 akan dapat menghasilkan anak2 serama yang terbaik. Insyaallah.
Wednesday, December 14, 2011
Ayam dah Hantar Duit Tak Sampai
Adik kepada pembeli serama B ni telah membuat pembayaran kepada saya berikutan pembeli kini berada dalam ICU kerana kemalangan. Jadi disini saya ingin memaklumkan bahawa kes ini telah selesai. Terima kasih kepada Adik pembeli. Ayam Serama B ni pun telah bertukar tangan kepada Abg Adham, pembeli telah menjual ayam ini kepada beliau. Harap Maklum dan saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa.
Wednesday, October 19, 2011
Thursday, September 29, 2011
Jualan Induk dan Pembaka serta anak2 A.
Bapak pembaka utk dijual. Baka Husin. Harga berpatutan nak clear reban. Nak tinggai ayam game sahaja, yg lain nak keluaq murah2 ja. Gambaq induk bleh tengok dalam post saya yg lepas. Siapa cepat dia dapat. Kerja di pejabat semakin bertambah tak sempat nak jaga ayam banyak2.
Sunday, September 25, 2011
Apabila Pengadil Tak Mempunyai Peraturan Yg Standard
Saya tidak faham standard peraturan yg macam mana yg digunakan oleh para pengadil ayam serama (bukan semua pengadil). Ada pengadil di negeri ini kata boleh, ada pengadil di negeri itu kata tak boleh. Dan yg menjadi mangsa adalah para peserta. Beli ayam mahal, kos nak turun bon pun boleh tahan jugak, bayar yuran masuk game pun boleh tahan jugak, last sekali pengadil yg ada kuasa veto mengadili ayam ikut suka dia saja. Warna yg dia suka, ayam kawan dia, peraturan pun ikut suka dia. Ayam tu yg dia bagi menang. Nak pertikai keputusan pengadil pun tak guna sebab dia pakai kuasa veto. So balik ja la.
Kalau ayam memang usia masih muda tapi lawi dah panjang, takkan nak masuk serama A kot. Nanti kata plak bulu anak dok ada lagi. Abih nak suruh potong atau cabut bulu lawi tu ka? Mana pi keaslian ayam tu. Nak suruh menipu la plak atau tunggu ayam tu tua kat reban ja. Ayam yg bulu dah siap dan patut masuk kategori lain bleh plak dikira ayam muda, cuma sebab takdak lawi, bleh masuk kategori muda atau abs. Tu yg ada 1 ayam bleh menang 2 kategori. Habis pengadil bagi point kategori muda, masuk plak tanpa lawi. Last sekali ada la ayam lain yg kena potong tang corner. Takkan penganjur nak kata tak boleh, duit tu bang. Ayam orang lain la jadi mangsa. Pengadil peduli apa, habis game dapat upah cukup la. Esok orang dah malas nak main ayam sebab meluat nak pi bon, depa jadi pengadil burung plak.
Saya faham bukan senang nak jadi pengadil, tapi sekurang2nya jadilah pengadil yang ada standard agar orang menghormati keputusan yang kita buat. Bukannya pengadil yg ikut suka hati. Peminat ayam serama keluar belanja yg besar untuk hobi ni, bukan beli macam ayam kat pasar pakai timbang kilo. Saya takut akan jadi seperti dulu orang tak mau main ayam sebab sistem pengadilan yang teruk dan hobi ayam serama berkubur kembali.
Saya mohon maaf jika terkasar bahasa dan ada menyinggung perasaan mana2 pihak, tapi tujuan saya adalah cuba membetulkan kekurangan yang ada. Terima Kasih.

Thursday, September 15, 2011
Monday, September 5, 2011
Lotus
Lotus masa Anak A
Lotus kini masuk Kategori Muda
Bersedia untuk memberi saingan di bon.
Dengan gaya selam gegar lonjak.
Insyaallah dengan izin Nya. Amin
Lotus kini masuk Kategori Muda
Bersedia untuk memberi saingan di bon.
Dengan gaya selam gegar lonjak.
Insyaallah dengan izin Nya. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)