Sunday, February 26, 2012

Bakal Pembaka


Selepas MS tutup reban tahun lepas, terasa sunyi pulak bila tiada aktiviti pada masa lapang. Jadi terpaksa la keluar mencari rakan2 yang masih aktif untuk mendapatkan kembali si cilik ni untuk kembali aktif. Reban kena buat baru, ayam pun kena baka baru jugak la. Cari punya cari dapat la sepasang pembaka ni yang agak sedap mata memandang. Ayam saiz A berwarna kuning, tengkuk S, kibas sambil lonjak dada, gegar dan berkaki kuning halus. Bakal bersama induk2 yang mempunyai eksesori terbaik seperti balung halus, tengkuk S, bulu padat, ekor cantik dan kalau boleh yang lonjak dada. MS akan cuba yang terbaik untuk projek kali ini. Telah melawat beberapa reban kawan2 untuk mencari baka2 terbaik yang menghasilkan eksesori yng cantik.
Terima kasih juga buat kawan2 yang menyokong MS dengan menawarkan ayam2 mereka dengan tawaran harga yang cukup baik. Kerjasama anda amat saya hargai. Pemilihan baka kali ini lebih berhati2 setelah melalui pengalaman sebelum ini. Harap tahun 2012 akan dapat menghasilkan anak2 serama yang terbaik. Insyaallah.