Saturday, October 27, 2012

JUALAN AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI TEAM SERAMA LUNAS.

PEMBAKA TERBARU DI REBAN MIESERAMA.


JUALAN AIDILADHA.

 Pembaka utk Dijual. Harga RM400

 Remaja utk dijual. Harga RM250

 Remaja utk dijual. Harga RM250 (Sold)

 Dara remaja utk dijual. Harga RM150 (Sold)

Dara utk dijual. Harga RM250 (Sold)

Hubungi Mieserama 016-4196773. Kalau boleh mai reban tengok sendiri. Terima kasih.

Sunday, May 27, 2012

Anak2 Reban Projek 2012

Tengah dok banyak bahan untuk update blog, boleh la hari2 update. Bila takdak bahan dok la diam2, boleh baca blog member lain pun dah cukup baguih dah. Ayam tak seberapa ja ni, layan ja noooo...


Pembaka Utama.


Induk 1


Induk 2



Anak2 projek 2012. Boleh pi Bon atau masuk Kuali?




Bila la nak galak ayam ni. Ayam projek Wan Lunas. Kena tungguuu..... Adiossss 

Saturday, May 26, 2012

Salam Pengenalan Wan Lunas


Pembaka pernah dapat saguhati Bon Teluk Tempoyak


Kalau balung tak putus, boleh gak cuba nasib kat bon. Tunggu jadi pembaka ja nanti.



Dara dari Pembaka diatas dan Induk dibawah. Kalau jantan kan baguih. Ehehe...


Induk dari Trengganu, beli masa remaja kat bon Tebengau. Anak2 dari induk ni boleh tahan juga.


Pembaka utama. Masa muda ayam ni pernah dapat Best of The Best, tunggu anak2 dia pulak macam mana.


Bila agaknya bakal Johan nak keluar dari reban ni. Tungguuuu......

Thursday, May 24, 2012

Intai-Intai Reban Otai Tok Kun



2X Top 3


2X Top 5


Pelapis

Intai2 reban Team Serama Lunas pertama kali kami ke reban Otai Tok Kun iaitu Abg Gee. Banyak sungguh ayam2 yang boleh dibawa ke bon tapi semua Not For Sale kata beliau, jawabnye tengok saja la. Kelabu mata juga dibuatnya. So kalau nak tengok betui ka dak, kena la datang sendiri ke reban Otai Tok Kun ni. Adiosss...

Wednesday, March 7, 2012

Permulaan Projek 2012

Permulaan yang cukup baik bagi projek 2012. MS mendapat kerjasama yang baik dari sahabat2 serama. Terima Kasih Otai2.


Reban Mieserama, hobi kecil2 saja. Reban 10 pintu hasil tangan sendiri walaupun tak pandai bertukang tapi Alhamdulillah jadi gak akhirnya.


                                                    Pencuci mata petang2.
                                          Pembaka Berintik. Eksesori yg cukup baik.
                                          Pembaka Kuning Masak. Keluarga S.
                                          Dara pinggitan. Dua beradik.
                                          Dara S+G+L buat pembaka keluarga S.

MS dapat merasakan tahun 2012 tahun murah rezeki bagi saya. Apa tidak nyer, modal untuk projek 2012 ni tak sampai pun 2k tapi MS mendapat baka2 yang terbaik. Ayam2 ni adalah generasi ke3 dan ke4 dari baka Sahabat serama MS, jadi hanya yang terbaik digunakan untuk menurunkan baka seterusnya. Terima Kasih buat Otai Abg Gee Tok Kun dan Brother Ajin Kg Selamat.

Sunday, February 26, 2012

Bakal Pembaka


Selepas MS tutup reban tahun lepas, terasa sunyi pulak bila tiada aktiviti pada masa lapang. Jadi terpaksa la keluar mencari rakan2 yang masih aktif untuk mendapatkan kembali si cilik ni untuk kembali aktif. Reban kena buat baru, ayam pun kena baka baru jugak la. Cari punya cari dapat la sepasang pembaka ni yang agak sedap mata memandang. Ayam saiz A berwarna kuning, tengkuk S, kibas sambil lonjak dada, gegar dan berkaki kuning halus. Bakal bersama induk2 yang mempunyai eksesori terbaik seperti balung halus, tengkuk S, bulu padat, ekor cantik dan kalau boleh yang lonjak dada. MS akan cuba yang terbaik untuk projek kali ini. Telah melawat beberapa reban kawan2 untuk mencari baka2 terbaik yang menghasilkan eksesori yng cantik.
Terima kasih juga buat kawan2 yang menyokong MS dengan menawarkan ayam2 mereka dengan tawaran harga yang cukup baik. Kerjasama anda amat saya hargai. Pemilihan baka kali ini lebih berhati2 setelah melalui pengalaman sebelum ini. Harap tahun 2012 akan dapat menghasilkan anak2 serama yang terbaik. Insyaallah.

Wednesday, December 14, 2011

Ayam dah Hantar Duit Tak Sampai

Adik kepada pembeli serama B ni telah membuat pembayaran kepada saya berikutan pembeli kini berada dalam ICU kerana kemalangan. Jadi disini saya ingin memaklumkan bahawa kes ini telah selesai. Terima kasih kepada Adik pembeli. Ayam Serama B ni pun telah bertukar tangan kepada Abg Adham, pembeli telah menjual ayam ini kepada beliau. Harap Maklum dan saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa.